Datuk Vida Menangis, Rasa Tak Cukup Masa Dengan Anak-Anak, Ayat Kacak Buat Ramai Sebak - “No, Mama Tak Gagal…”

15 Mar 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak dapat menahan air mata selepas mengucapkan selamat hari jadi kepada anak lelakinya iaitu Kacak.
 

Rasa tak cukup luang masa dengan anak-anak


Menerusi video pendek yang dikongsi, kelihatan Vida sedang menangis teresak-esak sambil dipujuk dan dipeluk oleh Kacak.



“Adakah mama gagal? Happy birthday anak mama yang hebat.

“Setiap kali birthday anak-anak, mama akan sibuk, mama bekerja keras untuk anak-anak mama. Tak sama macam keluarga orang lain yang sempurna. Tak cukup masa mama bersama anak-anak mama,” maklumnya.


Netizen sebak dengar ayat Kacak pujuk Vida


Bagaimanapun, sebaik sahaja Kacak mendengar persoalan ibunya itu, dia terus menjawab sambil memeluk erat ibunya.

“Tak, mama tak gagal, ini adalah salah satu daripada ujian mama,” tuturnya.


Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat keadaan dua beranak itu.



Malah mereka juga memuji tindakan kacak dan menyifatkan dirinya sebagai seorang anak yang matang selain berjaya membesar dengan baik atas didikan seorang ibu tunggal.


 


Terdahulu, Vida pernah berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008.



Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata namun anak pertama dan kedua meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di rumah Ipoh, Perak pada tanggal 3 Ogos 2013.