Berita mengenai Syamsul Yusof yang dikatakan bakal berkahwin sekali lagi bersama seorang wanita yang dikenalinya empat tahun lalu semakin hangat menjadi buah mulut dalam kalangan netizen.
Namun, adakah desas-desus ini benar-benar akan berlaku atau ia hanyalah gossip semata-mata?
Harap ianya tidak terjadi
Terbaru, bapa kepada pengarah filem Munafik, Datuk Yusof Haslam tampil memberikan kenyataan berhubung spekulasi ini.
Memetik laporan daripada mStar, Yusof Haslam amat terkejut dengan berita yang agak mengejutkan ini dan berharap agar ianya tidak akan berlaku.
Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.
Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi.
Yusof Haslam turut menambah, dia tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga disamping bimbang berita seperti ini bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya yang masih kecil.
Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham.
Untuk info, konflik rumah tangga Syamsul dan isterinya yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana mula timbul dan menjadi buah mulut selepas aktres tersebut mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga.
Diharapkan agar konflik ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post Datuk Yusof Haslam Harap Spekulasi Syamsul Dan Ira Kazar Akan Berkahwin Dalam Waktu Terdekat Tidak Berlaku appeared first on Oh! Media.

