“Saya Harap Tak Terjadi” – Datuk Yusof Haslam Terkejut, Jawab Dakwaan Anak Akan Kahwin Dengan Ira Kazar

16 Jun 2022 • 11:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Berita mengenai Syamsul Yusof yang dikatakan bakal berkahwin sekali lagi bersama seorang wanita yang dikenalinya empat tahun lalu semakin hangat menjadi buah mulut dalam kalangan netizen.

Namun, adakah desas-desus ini benar-benar akan berlaku atau ia hanyalah gosip semata-mata?

Harap ianya tidak terjadi

Terbaru, bapa kepada pengarah filem Munafik itu, Datuk Yusof Haslam tampil memberikan kenyataan berhubung spekulasi ini.

Memetik laporan daripada mStar, Yusof Haslam amat terkejut dengan berita yang agak mengejutkan ini dan berharap agar ianya tidak akan berlaku.

Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.

Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi.

Yusof Haslam turut menambah, dia tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga disamping bimbang berita seperti ini bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya yang masih kecil.

Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham.

Untuk info, konflik rumah tangga Syamsul dan isterinya yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana mula timbul dan menjadi buah mulut selepas aktres tersebut mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga.

Diharapkan agar konflik ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media