Datuk Zayn Rayyan Lantik Peguam Baharu Untuk Wakil Ibu Bapa Mangsa

4 Jun 2024 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berikutan dengan penarikan diri peguam yang sedia ada, datuk kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sudah melantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapa mangsa yang kini sedang berada di tahanan reman.

Kata Zahari Mohd Reba, dia sudah mengesahkan yang dia kini sudah melantik peguam baharu tetapi tidak boleh memberi apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam tersebut.

“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam.”

Sebelum ini, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini sedang ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan umumkan bahawa beliau kini tidak mewakili mereka mulai hari ini.

Jelas Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam, Jumaat lalu.

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam, 6 Disember lalu.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.