Datuk Zayn Rayyan Sudah Lantik Peguam Baharu Wakili Anak Dan Menantu

4 Jun 2024 • 10:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zayn rayyan

Sebelum ini peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan yang ditahan reman memaklumkan dirinya tidak lagi mewakili pasangan terbabit. Terkini, datuk kepada Zayn memaklumkan sudah melantik peguam baharu bagi mewakili anak dan menantunya.

Zahari Mohd Reba memaklumkan perkara itu ketika dihubungi pihak Harian Metro pagi tadi.

Maaf ya, buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam.

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini mengesahkan penahanan reman ibu bapa Zayn selama seminggu sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berdasarkan petunjuk baru.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.