Daun Jadi Punca! Syarikat Kontraktor Jelaskan Sebab ‘Banjir’ Di Rembayung

LocalFood
8 Feb 2026 • 12:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat kontraktor yang membina Rembayung tanpil menjelaskan punca mengapa air hujan boleh memasuki kawasan dalam restoran terbabit sehingga heboh di media sosial baru-baru ini.

Syarikat kontraktor jelaskan punca

Menerusi perkongsian syarikat CD Builders Sdn. Bhd di Threads, mereka memaklumkan kejadian hujan lebat serta berangin seperti terjadi tempoh hari adalah pertama kali berlaku sejak Rembayung dibina.

image is not available

Tersumbat dengan daun gugur

Jelas mereka, air yang memasuki kawasan dalam restoran bukan melalui cermin yang dipasang dan menepis dakwaan tersebut.

Ujarnya, punca utama adalah daripada longkang yang tiba-tiba melimpah disebabkan paip di bahagian bawah tersumbat dengan daun yang gugur.

“Air bukan masuk ikut cermin. Punca utama ialah gutter tiba tiba overflow disebabkan downpipe tersumbat dengan daun,” tulisnya.

Pihak kontraktor tak jangka kejadian berlaku

Pihak kontraktor juga menyatakan mereka sendiri tidak menjangkakan perkara tersebut terjadi kerana ia diluar kawalan.

Namun begitu, mereka telah mengambil tanggungjawab penuh dan akan memastikan supaya kejadian tersebut tidak lagi berulang.

“Kami juga telah mengambil tanggungjawab penuh dan akan menambah baik supaya kejadian ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” ujarnya.

Susulan daripada itu, mereka berharap agar para pelanggan Rembayung dapat menikmati hidangan di restoran usahawan terkenal, Khairul Aming itu dengan selesa di masa hadapan.

image is not available

Rembayung jadi rembanjir

Terdahulu, tular di media sosial video memperlihatkan kawasan dalaman Rembayung dimasuki air dan para pekerja sedang berusaha mengeluarkan limpahan tersebut memandangkan para pelanggan sedang menjamu selera.

Khairul Aming sendiri memberi respon di ruangan Threads dengan berasa terkejut dan berseloroh mengatakan Rembayung telah menjadi ‘Rembanjir’.

image is not available

Artikel lain: Tiga Sekawan Ajak Pengawal Keselamatan Makan Bersama Di Rembayung Raih Pujian Netizen

Khairul Aming mohon maaf

Dia juga memohon maaf kepada para pelanggan diatas situasi yang terjadi dan memaklumkan bahawa para pekerjanya sudah melakukan tindakan dan pelanggan yang terkesan juga kembali menjamu selera.

image is not available

 

Sumber: Threads cdbuilers.my, khairulaming

The post Daun Jadi Punca! Syarikat Kontraktor Jelaskan Sebab ‘Banjir’ Di Rembayung appeared first on Borak Daily.