DaVinci Resolve Kini Boleh Dimuat Turun Oleh Pengguna iPad

TechnologyDigital
22 Dec 2022 • 7:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beberapa bulan lepas, Blackmagic Design mengumumkan yang aplikasi suntingan video profesional mereka DaVinci Resolve akan tiba untuk iPad pada hujung tahun ini. Kini selepas sekitar dua bulan menanti, aplikasi ini sudah tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna iPad.

image is not available

Dengan DaVinci Resolve untuk iPad, Blackmagic menjanjikan sokongan suntingan seperti pembetulan warna bertaraf Hollywood, perkhidmatan awanan Blackmagic Cloud untuk bekerjasama dengan pengguna lain, ciri magic mask berasaskan kecerdasan buatan, sokongan pengasingan suara, kemampuan melaras dialog dan banyak lagi.

image is not available

Aplikasi ini turut hadir dengan sokongan skrin sesentuh dan Apple Pencil. Pengguna turut boleh menggunakan fail DaVinci Resolve versi desktop pada iPad dan format fail yang disokong pula ialah H.264, H.265, Apple ProRes serta Blackmagic RAW. Aplikasi ini juga adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan oleh semua pengguna iPad.

Cuma, Blacknmagic menyarankan pengguna menggunakan iPad dengan cip M1 jika ingin menikmati pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan penggunaan bersama skrin kedua dan ProRes.