“Mak Pin Ke Ni?” – Wanita Tawar Rawatan Secara ‘Scan’, Siap Minta Bayaran ‘500 Coin’ Di TikTok

17 Dec 2022 • 4:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Twitter, mengenai sebuah ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Salina Rahim yang mendedahkan kegiatan tidak masuk akal oleh seorang wanita di aplikasi TikTok.

Menerusi ciapan tersebut, Salina memutuskan untuk menularkan perkara tersebut kerana berang dengan wanita yang telah menipu ramai orang di laman TikTok dengan menawarkan rawatan secara ‘Scan’.

Malah, dia turut meminta orang ramai untuk melaporkan laman profil milik wanita itu dan memohon sekiranya ada pihak yang mempunyai cara lain untuk membawa isu ini ke tahap lebih serius.

Difahamkan, wanita itu turut meminta bayaran sebanyak ‘500 coin’ di laman TikTok untuk membuat tempahan sebelum melakukan rawatan secara ‘scan’ kepada pesakit.

Saya bukan scan sembarangan, tapi kita ada satu connection di mana bila kita scan, apa yang puan sakit saya boleh rasa, dengan izin Allah.

Sehingga kini, rakaman video ‘Live’ tersebut telah mengundang respon orang ramai dan meraih 54.4K tontonan, 2.0K ciap semula, dan 1.3K tanda suka di laman Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meminta semua pihak untuk sama-sama mengambil tindakan untuk melaporkan profil wanita berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terhibur melihat kegiatan rawatan ghaib wanita itu dan menggelarnya sebagai isteri ‘Ayah Pin’.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Rasa Macam Nak Muntah Dan Mual" - Bekas Pelajar SBP Dedah Pernah Dipaksa Rendam Tangan Dalam Air Darah Haid