
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Difahamkan video yang tular itu merupakan sedutan daripada drama Terjerat yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI.
Menerusi video yang tular di aplikasi X, aksi Dayang yang memegang watak sebagai Shasha mengambil nasi daripada periuk dan mencampurkannya dengan bahan dari bungkusan kuning sebelum melakukan ritual khurafat itu.
Jelas kelihatan Dayang menghayati wataknya apabila sanggup melakonkan babak nasi kangkang dengan penuh kebencian dan dendam.
Drama Melayu dan nasi kangkang, berpisah tiada. pic.twitter.com/b4FigMA9G5
— brgsjks (@brgsjks) July 23, 2024


