Dayang Enterprise terima lanjutan kontrak penyelenggaraan selama setahun lima bulan daripada SEA Hibiscus

Business & Finance
23 Aug 2023 • 5:48 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Dayang Enterprise terima lanjutan kontrak penyelenggaraan selama setahun lima bulan daripada SEA Hibiscus

azan

23/08/2023 - 17:48

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Dayang Enterprise Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, Dayang Enterprise Sdn. Bhd. berjaya meraih lanjutan kontrak peruntukan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia (PM-MCM) selama setahun lima bulan daripada SEA Hibiscus.

Kumpulan itu berkata, nilai kontrak itu adalah berdasarkan tempahan kerja yang dikemukakan SEA Hibiscus sepanjang tempoh kontrak.

"Lanjutan kontrak itu berkuat kuasa 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2024," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Kumpulan itu berkata, faktor risiko yang mempengaruhi kontrak itu termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan, perubahan harga bahan, perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan peraturan.

Kumpulan itu akan memastikan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan dan operasi dalam pelaksanaan keperluan kontrak.

"Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh kontrak," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved