Dayang terima lanjutan kontrak penyelenggaran sehingga Disember 2024 daripada SapuraOMV

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2023 • 6:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Dayang terima lanjutan kontrak penyelenggaran sehingga Disember 2024 daripada SapuraOMV

azan

21/09/2023 - 18:16

KUALA LUMPUR 21 Sept - Dayang Enterprise Holdings Berhad memperoleh lanjutan kontrak peruntukan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia (PM-MCM) - Pakej C daripada SapuraOMV.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Dayang berkata lanjutan kontrak itu telah diterima oleh anak syarikatnya, Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) bagi tempoh setahun lima bulan dan 21 hari.

“Nilai kontrak tersebut adalah berdasarkan pesanan kerja yang dikeluarkan oleh SapuraOMV sepanjang tempoh kontrak.

“Tempoh lanjutan kontrak itu bermula dari 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2024,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat, dan dijangka menyumbang kepada pendapatan Dayang Enterprise sepanjang tempoh kontrak.

Saham dalam Dayang Enterprise berakhir satu sen atau 0.52% lebih tinggi pada RM1.92, memberikan syarikat itu permodalan pasaran RM2.22 bilion. - DagangNews.com