
Anak mana yang tidak sedih apabila mereka berada di puncak kejayaan tetapi ibu tersayang tidak dapat menjadi saksinya.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang perajurit muda hampir rebah apabila ahli keluarganya bertindak memberikan potret arwah ibunya sebagai hadiah selepas dia menamatkan rekrut sebagai seorang tentera.
Dalam video yang berdurasi hampir 3 minit itu, difahamkan hanya bapa serta adik-beradik sahaja yang dapat hadir pada majlis tamat latihan itu berikutan ibu mereka sudah meninggal dunia.
@tiniepadil_makeupbridal maafkan akak dan adik beradik yg lain akk xsangka suprise kami boleh jadi sampai mcm ni . . #passingout #tlpm197 #passingout197 #intake197 #siri197 #viralfyp #armylife #tlpm48wanita #pusasda #siblinggoals #tenteradaratmalaysia #askarmalaysia #tamatlatihanperajuritmudalelaki #tamatlatihantenteradarat #viralkini #tiktoksad #gerakkhas #perajuritmuda #perajuritmudatenteradarat #lorenghijau #familygoals #brothersister #budakaskar #rekruttentera #soundviral #alfatihahmak #arwah #fypp #masukberanda #foryou #malamakrab #seo #seoviral #lisa #suprisegambar #framearwah #pranksad
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @tiniepadil_makeupbridal itu, tentera muda berkenaan dilihat tidak dapat menahan sebaknya lalu menangis teresak-esak dan hampir rebah apabila melihat gambar ibunya itu.
“Semua adik-beradik, ipar yang saksi video ini tak sangka semua menangis. Termasuk abah, seumur hidup 32 tahun tak pernah nampak abah menangis,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Tidak dapat menutup kesedihan, kesemua ahli keluarganya yang lain termasuk bapanya juga mengalirkan air mata, namun adik-beradiknya yang lain memujuk pemuda itu dengan mengatakan bahawa dia seorang yang kuat.
“Terikut nangis, awak memang kuat Dayat”
Video pendek itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen berlinang air mata, ramai yang memuji ketabahan yang ditonjolkan oleh perajurit muda itu dan tidak kurang juga ramai yang mendoakan keluarga itu.

Al-Fatihah, semoga Dayat terus kuat!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



