Dazaizy raih ranking nombor satu negara

16 Oct 2023 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Atlet muda muaythai Sabah, Dazaizy Hafiy Dazree kini menduduki ranking nombor satu negara dalam kategori 34kg lelaki (11-12 tahun).

Pelajar SK Merpati berusia 11 tahun dari Sandakan itu mula mencuri tumpuan pada 2022 apabila meraih pingat emas dalam kategori 27kg pada Kejohanan Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muaythai (IFMA) Kuala Lumpur 2022.

Dia dinobatkan sebagai juara National Inter Club Kuala Lumpur awal tahun ini dan merupakan satu-satunya atlet Sabah yang disenaraikan untuk Kejohanan Muaythai Pro Junior dan Senior Kebangsaan (ranking) yang berlangsung di PutraJaya pada Sabtu lalu.

Dia mempamerkan aksi penuh bersemangat untuk menewaskan Mohd Munir dari Johor 28-27 pada perlawanan akhir untuk merangkul kejuaraan, menyusuli kemenangannya ke atas petinju Perak Muhd Haikal Faiz pada pusingan awal dan Muhammad Iffat Hamdani juga dari Perak dengan ‘technical knockout’ pada pusingan kedua.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Presiden Persatuan Muaythai Sabah Hj Nazri Abd Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad berkata mereka amat gembira dengan pencapaian anak muda itu.

“Kami amat berbangga dengannya. Walaupun beratnya hanya 30kg, dia mempamerkan kesungguhan untuk mengatasi lawan yang lebih berat tiga hingga empat kilo daripadanya untuk merebut ranking nombor satu.

“Ia satu lagi pencapaian hebat daripadanya dan saya percaya dia akan menjadi ikon sukan pada masa depan untuk Sabah.

“Saya berharap kejayaan beliau akan mendorong orang lain untuk mencuba dan mencapai kejayaan yang sama dan membantu memajukan lagi sukan itu di negeri ini,” katanya.

Dazaizy yang dibimbing Muhammadin Janudin merupakan atlet negeri kedua meraih status nombor satu negara selepas kejayaan juara Sukma 2018 Nurul Tasha Amira (45kg) yang menduduki ranking teratas pada 2019.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article