
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meningkatkan usaha pembersihan paritnya di sebuah kejiranan di Manggatal sementara ia mempertimbangkan saranan untuk membaharui perparitan di situ.
Tumpuan serupa juga akan diberikan kepada kerja-kerja membersihkan parit tersumbat di sekitar satu kawasan perumahan di Luyang.
Dengan itu, agensi berharap dapat mencegah air larian permukaan daripada bertakung di dalam struktur-struktur ini, berikutan maklum balas bahawa perkara ini berlaku di kedua-dua kawasan perumahan itu. PEKERJA DBKK bertungkus-lumus membersihkan parit belakang rumah ini, di luar Lorong Kenawai 4.
Pembayar kadar yang tidak puas hati memberikan Hotline lokasi rumah masing-masing, yang dimaklumkan kepada jabatan berkaitan di DBKK.
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan berkata pihaknya telah memantau perparitan di Taman Richdar sejak beberapa lama.
“Mendapan tanah banyak berlaku di kawasan perumahan itu sejak ia dibina bertahun-tahun lalu,” katanya.
“Nampaknya terdapat banyak tumbuhan di dalam parit-parit ini.
“Ini menghalang aliran air, menyebabkan air kerap bertakung di jalan berhampiran beberapa struktur ini.
Dia berkata DBKK akan mempertimbangkan untuk membina semula kecerunan parit-parit ini jika ia mempunyai dana untuk berbuat demikian.
Sementara itu, agensi akan memastikan parit-parit ini dibersihkan dengan lebih kerap. PETUGAS Unit Pembersihan Parit membersihkan parit belakang rumah yang sempit.
Jurucakap Jabatan Landskap (LD) berkata syarikat konsesi kerajaan bertanggungjawab untuk menyelenggara parit-parit depan rumah, manakala DBKK menyelenggara parit di belakang rumah-rumah di bawah bidang kuasanya.
Dia berkata parit depan dibersihkan mengikut jadual tetap, sementara parit belakang dibersihkan enam bulan sekali.
“Kami telah meminta pihak pengurusan untuk meningkatkan usaha penyelenggaraan di Taman Richdar supaya mereka yang tinggal di sini mendapat sedikit kelegaan daripada masalah perparitan yang mereka alami,” katanya.
“Begitu juga, pekerja DBKK akan cuba datang sebelum pembersihan dijadualkan, untuk menangani sebarang aduan melibatkan parit belakang rumah.”
Pemilik rumah Taman Richdar, AUDRA berkata parit di hadapan rumahnya tidak diselenggara sejak beberapa bulan lalu dan melimpah, dari semasa ke semasa, semasa hujan lebat. PEKERJA Landskap menmbersihkan tumbuhan dan rumpai dari tepi parit di bahagian ini di Dah Yeh Villa.
“Tentu banyak sedimen di dasar parit itu sehingga menyebabkan rumpai tumbuh subur di dalamnya,” katanya.
“Tumbuhan ini menyukarkan aliran air ke saluran keluar. Saya mengesyaki cecair ini mungkin bertakung kerana bau busuk sekali-sekala dapat dihidu datang dari arah parit.”
Dia berkata ramai penduduk yang tinggal di sisi Lorong Richdar 2 menutup pintu dan tingkap yang menghadap hadapan rumah mereka, untuk memastikan bau busuk itu tidak masuk ke dalam rumah. PEKERJA konsesi memotong rumpai yang tumbuh di dalam parit di Manggatal.
Audra juga mengecam percubaan terakhir untuk membuang kelodak parit itu pada penghujung 2022 sebagai kerja “separuh hati”.
“Kandungan parit itu dilonggokkan di atas laluan jalan kaki beberapa meter saja dari pintu pagar rumah saya dan tidak dialihkan sejak itu.
“Saya tidak faham kenapa kotoran ini tidak diangkut dengan segera.”
Dia berkata ini bukan kali pertama timbunan kelodak ditinggalkan di hadapan rumahnya.
“Lumpur ini akhirnya kering dan sama ada diterbangkan ke dalam parit atau dialirkan semula ke dalamnya apabila hujan.”
Jurucakap LD berkata pemeriksaan dibuat di kejiranan itu sejurus mengetahui tentang kejanggalan ini. BAU busuk kerap dihidu dari parit tersumbat ini di Lorong Richdar 2.
“Kakitangan kami mengesahkan kehadiran lumpur kering di atas laluan jalan kaki berhampiran rumah pembayar kadar itu,” katanya.
“Mereka juga mendapati parit berhampiran dipenuhi air dan tersumbat dengan rumpai.”
Dia berkata syarikat konsesi telah dimaklumkan mengenai penemuan ini dan dinasihatkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Apabila kakitangan kami kembali beberapa hari kemudian, mereka mendapati parit itu telah dibersihkan dan lumpur di atas laluan jalan kaki itu dialihkan.”
Sementara itu, unit pembersihan parit agensi itu pergi ke satu jalan perumahan di kawasan Dah Yeh Villa minggu lepas, menurutnya.
“Sepasukan enam orang - dilengkapi dengan cangkul dan parang – membersihkan parit dan menyelenggara rizab parit di belakang Lorong Burung Kenawai 4.”
Dia berkata semakan rekod firma mendedahkan bahawa struktur ini, termasuk kedua-dua tepinya, sebelum ini telah diselenggara pada November, mengikut jadual.
“Kakitangan kami telah diminta untuk memeriksa keadaan parit di bahagian Luyang ini, dari semasa ke semasa, untuk memastikan struktur ini dibersihkan seperti yang sepatutnya.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




