
Kota Kinabalu: PEMILIK harus menyekat anjing mereka sebelum memandu keluar dari rumah, untuk memastikan haiwan peliharaan itu tidak keluar dari kawasan rumah mereka.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata mereka wajib membawa pulang anjing mereka jika anjing ini terlepas.
“Mereka tidak harus terus memandu pergi sahaja dengan anjing mereka terkunci di luar, dan hanya mencari haiwan peliharaan mereka setelah pulang,” katanya.
“Mereka harus mengambil tanggungjawab untuk mengejar anjing mereka dan membawanya pulang sebelum berangkat ke mana sahaja mereka mahu pergi.”
Sekiranya haiwan peliharaan mereka melepaskan diri melalui celah pintu pagar atau lubang di pagar mereka, dia berkata, mereka mempunyai kewajipan untuk menutup “lubang-lubang” ini. DBKK diberi kuasa untuk menangkap mana-mana anjing yang ditemui berkeliaran tanpa pengawasan di jalan perumahan, di kawasan penarafannya.
Dia berkata ia perbuatan tidak bertanggungjawab untuk pemilik-pemilik ini membiarkan saja haiwan peliharaan mereka berada di kawasan umum di sekitar kejiranan mereka semasa mereka tiada di rumah.
“Ini khususnya jika anjing mereka menyusahkan orang lain yang tinggal di kawasan mereka.”
Jurucakap itu berkata Jabatan Kesihatan Persekitaran agensi itu telah menerima maklum balas daripada pihak tertentu mengenai anjing-anjing menimbulkan gangguan awam di Ibu Negeri.
Anjing-anjing ini nampaknya mengejar pengguna jalan raya - termasuk pejalan kaki, pemandu dan penunggang - atau menyebabkan keadaan semak dengan menterbalikkan tong sampah dan mengotorkan bahu jalan dengan najisnya, menurutnya.
“Dalam kebanyakan keadaan, anjing-anjing ini adalah haiwan peliharaan berlesen dan bukannya terbiar, bermakna gangguan itu tentu dapat dielakkan jika pemiliknya lebih prihatin mengenai haiwan peliharaan mereka.
Dia berkata agensi itu sudah berkali-kali mengarahkan pemilik anjing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka berada di dalam kawasan rumah mereka, dan mengiringi mana-mana anjing ini yang berada di luar.
Haiwan peliharaan mereka harus dipasangkan tali pengikat semasa merayau-rayau di kawasan awam, menurutnya.
“Bahagian Kawalan Haiwan (ACD) kami diberi kuasa untuk menangkap mana-mana anjing tanpa pengawasan yang ditemui berkeliaran di jalan-jalan di bawah bidang kuasa kami.”
Dia berkata pemilik boleh dikompaun sehingga RM500 – di bawah Undang-undang Kecil Pendaftaran dan Kawalan Anjing 1963 (Pindaan 2008) DBKK – dan perlu membayar penalti ini sebelum anjing itu dikembalikan kepada mereka.
“Pesalah berulang berisiko dibawa ke mahkamah. Jika mereka didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5,000.”
Jurucakap itu berkata seorang pembayar kadar di Kepayan diingatkan mengenai penalti ini awal bulan ini, berikutan laporan anjing-anjingnya dikesan berkeliaran tanpa pengawasan di Lorong Rampai. SALAH satu anjing pembayar kadar di Kepayan dilihat terkunci di luar pintu pagar hadapannya.
Dia berkata kakitangan ACD pergi ke rumah individu itu dua kali: Sekitar tengah hari pada 14 Februari dan selepas 9 pagi pada Rabu.
“Mereka memperhatikan bahawa kedua-dua anjing itu berada di dalam kawasan rumah semasa pemeriksaan ini,” katanya pada 23 Februari.
“Pemilik diberi arahan rasmi untuk tidak membiarkan haiwan peliharaannya keluar tanpa pengawasan pada lawatan pertama, dengan notis berhubung perkara ini ditinggalkan di dalam kotak posnya.”
Katanya, pemeriksa agensi bertemu dengan pembayar kadar itu pada pemeriksaan kedua.
“Dia bersetuju untuk memenuhi permintaan kami selepas diberi taklimat mengenai garis panduan berkaitan pemeliharaan anjing, di bawah Undang-undang Kecil kami.
“Kakitangan kami akan terus membuat pemeriksaan berkala di jalan perumahan itu untuk memastikan orang ramai tidak disusahkan oleh haiwan peliharaannya.”
SONI dari Kepayan berkata, pemilik rumah itu sering gagal menutup pintu pagar hadapannya selepas dia memandu keluar dari rumahnya.
Dia berkata anjing-anjing individu itu terlepas ketika waktu-waktu ini dan berak atau kencing di tepi jalan di sana dari semasa ke semasa.
“Saya pernah menemui tahinya di atas jalan di luar kediaman saya beberapa kali,” katanya. ANJINGNYA dilihat berkeliaran tanpa pengawasan di sepanjang Lorong Rampai.
“Saya dan jiran-jiran saya sudah serik untuk menyiram laluan masuk rumah kami.”
Dia berkata mereka juga sudah penat membersihkan sisa-sisa kotoran yang tertinggal apabila anjing-anjing itu menterbalikkan tong sampah mereka untuk mencari makanan.
Soni berkata, anjing-anjing itu juga sering untk mengejar kenderaan dan mereka yang berjalan kaki.
“Mujurlah, setakat ini tiada pejalan kaki digigit. Namun begitu, saya berharap pihak berwajib akan campur tangan sebelum seseorang mengalami kecederaan, atau lebih teruk lagi kehilangan nyawa mereka, kerana anjing-anjing ini.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


