DBKL belum terima arahan tutup premis GISB

LocalPolitics
3 Oct 2024 • 2:10 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima arahan untuk menutup premis perniagaan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh jika ada arahan lanjut pihak berkuasa untuk menutup premis milik GISBH.

“Tiada lagi arahan yang kami terima dan setakat ini siasatan masih lagi di bawah pihak polis.

“Jika kami menerima arahan dari peringkat atasan, sudah semestinya kami akan memberi kerjasama,” katanya pada sidang media Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-55 di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Selangor memberi arahan kepada semua premis GISBH di negeri itu ditutup berkuatkuasa serta-merta dan segala aset syarikat berkenaan dirampas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengumumkan sendiri keseluruhan premis termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama GISBH di Selangor yang terlibat. - 3 September, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved