Gerai Burger Disinggah IshowSpeed Disita DBKL Gara-Gara Ada Orang Dengki?

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 3:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gerai burger yang pernah viral selepas disinggah oleh penstrim terkenal Amerika Syarikat, IShowSpeed kini tidak dapat beroperasi setelah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi hantaran di Instagram, Bon’s Burger memaklumkan gerainya terpaksa ditutup buat sementara waktu dan akan berkongsi maklumat terkini melalui WhatsApp.

image is not available

image is not available

Hai guys, Bob’s Burger tutup sementara berikutan kedai kita ‘diambil’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Info terbaru kita akan update di sini dan di WhatsApp. Terima kasih atas sokongan semua.

Kejadian itu tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok memuat naik video yang menunjukkan gerai tersebut sudah tiada di lokasi asalnya.

image is not available

 

Sebelum ini, gerai Bob’s Burger di Bangsar menjadi perhatian selepas IShowSpeed mencuba burger di sana, malah sanggup membayar RM357 untuk sebiji burger

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Ia Merosakkan Kaki Anda" - Individu Dakwa Aktiviti Berjoging Adalah 'Scam' & Propaganda Yahudi