DBKL enggan beri kenyataan, isu Abang Belon sudah jadi kes polis

LocalPolitics
9 Apr 2025 • 2:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) enggan beri kenyataan berhubung kes Abang Belon memandangkan isu tersebut sudah berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut laporan Malaysia Gazette, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif membuat keputusan demikian kerana mahu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Enggan beri kenyataan

image is not available

“Kes ini telah menjadi kes polis, jadi saya tidak mahu membuat apa-apa kenyataan.

“Sehingga polis selesai, kita berikan ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Pembukaan Laluan Pejalan Kaki Bertutup yang menghubungkan Stesen LRT Taman Melati ke Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) di TAR UMT, hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, telah mengesahkan bahawa siasatan polis mengenai kes yang melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah selesai.

Menurutnya, kertas siasatan yang lengkap telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada 2 dan 4 April lalu. Namun, pihak polis kini masih menunggu arahan lanjut daripada pihak DPP untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Enggan beri kenyataan

image is not available

Setakat ini, lebih 11 individu telah dirakam keterangan berkaitan kes ini. Antara mereka, sembilan adalah pegawai DBKL dan dua orang awam, termasuk pembekal belon yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

Dalam pada itu, tiga kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes ini. Tindakan ini melibatkan beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan, antaranya Seksyen 186 (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 506 (ugutan jenayah).

Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber: Malaysia Gazette (Nor Syafiqah Mohd Jemmi)