DBKL jawab isu ‘Abang Belon’, dakwa peniaga tak hirau teguran & tolak penguat kuasa

LocalPolitics
29 Mar 2025 • 3:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Insiden panas melibatkan seorang peniaga belon tanpa lesen yang dikenali sebagai “Abang Belon” akhirnya mendapat penjelasan rasmi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut kenyataan DBKL di media sosial, kejadian yang berlaku sekitar jam 11.50 malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu tercetus selepas individu berkenaan enggan mematuhi arahan penguat kuasa.

Abang Belon sudah diberi teguran, tapi berkeras mahu berniaga

DBKL mendakwa lelaki tersebut telah diberikan teguran sebanyak dua kali, namun masih berkeras untuk berniaga.

Keadaan menjadi tegang apabila peniaga itu dikatakan bertindak agresif dan menolak petugas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

“Ketika teguran ketiga diberikan, penjaja belon tersebut bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila beliau menolak petugas penguat kuasa,” menurut DBKL.

image is not available

Abang Belon & beberapa penjaja didakwa bertindak agresif

Situasi semakin panas apabila beberapa penjaja lain cuba campur tangan, namun pihak berkuasa bertindak pantas untuk mengawal keadaan.

“Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang dan menghalang kemungkinan insiden yang lebih serius, anggota penguat kuasa berpakaian preman bertindak pantas untuk menenangkan dan memisahkan penjaja terbabit daripada terus mengasari petugas penguat kuasa,” tambah DBKL lagi.

image is not available

Tindakan penguat kuasa berlandaskan undang-undang

Meskipun berlaku kekecohan, DBKL mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

DBKL turut menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah berlandaskan undang-undang tanpa sebarang motif perkauman.

“Penguatkuasaan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai sebarang motif perkauman,” katanya.

image is not available

Buat masa ini,pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

Sehubungan itu, DBKL meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan sentimen negatif yang boleh mengeruhkan keadaan memandangkan mereka sangat berusaha untuk memastikan keharmonian dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.