DBKL sita barangan perniagaan di Bangsar

LocalPolitics
10 Nov 2024 • 11:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DBKL mengambil empat tindakan sitaan terhadap barangan perniagaan yang menghalang laluan awam di Jalan Telawi 4 dan Lorong Ara Kiri, Bangsar

image is not available
Kesemua barangan disita kemudiannya dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil empat tindakan sitaan terhadap barangan perniagaan yang menghalang laluan awam di Jalan Telawi 4 dan Lorong Ara Kiri, Bangsar, di ibu negara.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan khas itu dilaksanakan melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Lembah Pantai.

"Dalam tindakan khas yang dijalankan, sebanyak empat sitaan telah dilaksanakan terhadap barangan perniagaan diletakkan ditempat awam.

"Tindakan diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974," katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya.

Kesemua barangan disita kemudiannya dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti," tambah kenyataan itu.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/