DBKL sita peralatan penjaja asing

28 Jun 2024 • 1:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Barangan dan peralatan yang disita kemudiannya dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras.

image is not available
DBKL menyita peralatan penjaja warga asing menerusi tindakan khas di sekitar Jalan Radin Anum dan Jalan Radin Tengah, Seri Petaling.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita peralatan penjaja warga asing menerusi tindakan khas di sekitar Jalan Radin Anum dan Jalan Radin Tengah, Seri Petaling.

DBKL menerusi hantaran di Facebook pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan, tindakan khas itu dijalankan menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Seputeh

**media[2706229]**

"Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat tujuh kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, kanopi, gerai serta lain-lain peralatan," kata DBKL pada Jumaat.

DBKL turut memaklumkan, barangan dan peralatan yang disita kemudiannya dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!