
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan, seseorang individu bukan sahaja akan menerima gaji bulanan, tetapi juga perlu menggalas pelbagai komitmen baharu.
Salah satunya adalah keperluan menyewa bilik sekiranya bekerja di lokasi di luar tempat tinggal asal.
Namun tidak dapat nafikan bahawa bilik sewa terutamanya di ibu negara boleh memakan kos yang tinggi, malah ada yang mencecah hampir RM1,000 di lokasi tertentu.
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Fitting Room”- Netizen Terkedu Bilik Sewa Siap Ada Penghadang Dinding
Baca Artikel Berkaitan: Iklan Bilik Sewa Sekecil ‘Keranda’ Di Cheras Buat Ramai Geleng Kepala
Baca Artikel Berkaitan: “Mahalnya!” – Ramai Persoal Sewa Rumah Harga RM750 Tapi Saiz Macam Stor
Bilik Sewa Di Residensi Belia Cheras Hanya RM200 Sebulan
Baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan satu berita baik buat mereka yang bekerja atau menjalani latihan industri di ibu negara.
Menerusi inisiatif yang menawarkan bilik sewa di Residensi Belia Cheras, lelaki bujang yang berumur antara 18 ke 40 tahun boleh menyewa bilik yang lengkap dengan perabot pada harga RM200 sebulan sahaja.
Berdasarkan hantaran di Facebook DBKL, kadar sewaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) adalah lebih murah pada harga RM130 sebulan.

Apakah Syarat Sewa Bilik Di Residensi Belia Cheras?
Syarat kelayakan bagi mendapatkan penempatan di bilik sewa ini adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 40 tahun
- Lelaki berstatus bujang
- Bekerja atau menjalani latihan industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Tidak memiliki rumah dalam radius 35km dari pusat bandar
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000

Lengkap Dengan Kemudahan & Boleh Jalan Kaki Sahaja Ke LRT Cheras
Walaupun bilik sewa ditawarkan pada harga yang rendah, namun Residensi Belia Cheras tetap menyediakan pelbagai kemudahan termasuk:
- Surau
- Gelanggang sukan
- Dewan serbaguna
- Pondok pengawal keselamatan
- Lif
Setiap bilik juga dilengkapi dengan pelbagai perabot termasuk katil, kipas berdiri dan almari. Di bahagian ruang tamu pula terdapat sofa, meja makan dan rak kasut.
Penyewa juga tidak perlu risau dengan keselamatan memandangkan terdapat pantauan kamera litar tertutup (CCTV) selama 24 jam.
View this post on Instagram
Lokasi Residensi Belia Cheras
Selain itu, lokasinya yang strategik juga pasti memudahkan penyewa kerana terletak hanya 160 meter dari LRT Cheras dan perlu berjalan kaki hanya dua minit.
Macam Mana Nak Mohon Residensi Belia Cheras?
Sebagai info, permohonan bagi bilik sewa Residensi Belia Cheras boleh dilakukan menerusi laman web e-Perumahan.
Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Gambar pemohon bersaiz passport
- Salinan kad pengenalan asal (jpeg)
- Surat pengesahan bujang (majikan, pendaftarJPN, imam, ketua penduduk)
- Penyata gaji terkini
- Kad O.K.U (jika berkaitan)
Status permohonan akan diterima menerusi emel. Namun, permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati tidak akan diproses sehingga dilengkapkan.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 03-2617 6158 (Waktu Pejabat).
Baca Artikel Berkaitan: Isu ‘Bilik Sewa Besar Kubur’, KPKT Akan Ambil Tindakan Terhadap Pemilik
Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Privasi!” – Tuan Rumah Sewa Ruang Tamu Harga RM170 Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terhibur Lihat Iklan Bilik Sewa Siap Dapat 2 ‘Mini Bath Tub’ Dengan Harga RM250
