Deadpool Baring Atas Myvi, Promosi Sempena Pelancaran Filem Baharu?

25 Jul 2024 • 1:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial seorang individu yang memakai kostum karakter dalam filem Deadpool sedang berbaring di atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Menerusi satu hantaran di TikTok, kiyaninja telah memuat naik video memaparkan individu tersebut sedang berbaring atas kenderaan yang sedang bergerak perlahan.

image is not available

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu tersebut merupakan sebahagian daripada promosi kepada filem terbaharu, Deadpool & Wolverine yang akan ditayangkan pada hari ini.

Sebelum ini, syarikat penerbitan, Marvel Studios telah menyediakan satu lori bagi mempromosikan filem baharu itu di Jepun dan di Malaysia.

image is not available

Pada lori itu, kelihatan satu patung besar karakter Deadpool sedang berbaring di bahagian belakang kenderaan itu, manakala gambar Wolverine pula diletakkan di atas sekeping papan.

Ini bersesuaian dengan Deadpool yang sukakan perhatian, oleh itu Marvel menyediakan promosi sebegitu bagi menunjukkan personaliti karakter itu.

image is not available

Sementara itu, lori promosi itu telah berjalan di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Subang Jaya, Ipoh dan Penang bermula pada Khamis lalu sehingga Rabu.

Sekadar info, filem terbaharu Deadpool & Wolverine akan mula ditayangkan di Malaysia pada 25 Julai ini dan ia dibintangi Ryan Reynolds, Hugh Jackman, Emma Corrin, Morena Baccarin dan ramai lagi.

Sumber: TikTok Kiyaninja, Facebook Muhd Arifin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved