'Dear Miss Siti please...' Siti Nurhaliza pernah terima surat daripada vokalis Linkin Park, hadiah topi

EntertainmentMusic
21 Sep 2026 • 1:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dear Miss Siti please...' Siti Nurhaliza pernah terima surat daripada vokalis Linkin Park, hadiah topi

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza nama yang cukup besar dan dikenali hingga ke peringkat antarabangsa. Pengurusnya, Rozi ABdul Razal mengimbau kenangan lebih dua dekad apabila Siti dikatakan menerima warkah daripada vokalis Linkin Park, mendiang Chester Bennington.

Menerusi satu hantaran di Threads, Rozi memuat naik sekeping warkah dihantar mendiang ketika mereka menginap sebuah hotel di Bangkok semasa menghadiri MTV Asia Awards pada 3 Februari 2005.

Kata Rozi dia kembali menemui helaian berkenaan selepas lebih 20 tahun dalam simpanannya.

"Ingat tak saya bercerita tentang anggota kumpulan Linkin Park, Chester ni. Memang dia ada hantar topi kepada Siti Masa MTV Asia Awards di Bangkok .

"Tengok ni dia kata 'cuba pakai topi ini bila awak buat persembahan malam ini."

"Saya memang. Apa-apa barang Siti, saya memang simpan. Bayangkan berapa tahun saya simpan. 21 tahun saya simpan surat ini," titipnya.

Image from: 'Dear Miss Siti please...' Siti Nurhaliza pernah terima surat daripada vokalis Linkin Park, hadiah topi
Foto: Instagram @chesterbe

Jelas Rozi pelantun Bukan Cinta Biasa itu berkata Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak memakai topi berkenaan seperti diminta Bennington.

"Siti tak pakai topi tu sebab tak sesuai dengan penampilan. Kalau check semula, beliau memakai baju kebaya labuh dengan seluar dan buat persembahan lagu Seindah Biasa.

"Kalau tanya mana topi tu? Dah 21 tahun, maybe di rumah lama atau memang sudah tiada. Lama sangat ni. Penafian, sekadar engimbau sahaja tiada tujuan lain ," titip Rozi.

Warganet meluahkan kekaguman kepada Siti Nurhaliza yang sudah dikenali di peringkat dunia pada ketika itu.

"Kumpulan orang putih pun cair dengan Datuk Siti. Siap bagi topi,"

"Kami bangga Malaysia ada Siti Nurhaliza."

"Siti adalah nama besar sejak dahulu. Tak perlu asimilasi budaya negara lain. Negara luar cari beliau.

Sekadar info, Linkin Park ialah kumpulan muzik rock alternatif yang paling terkenal di dunia dan berasal dari Amerika Syarikat.

Mereka sangat dikenali dengan gabungan genre rock dan elemen elektronik serta lagu-lagu hits antarabangsa seperti In the End, Numb, Crawling dan Paper Cut.

Bennington telah meninggal dunia pada Julai 2017 dan telah digantikan oleh Emily Armstrong sebagai vokalis baharu bermula pada September 2024. 

Sumber: Threads

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved