Siti Nurhaliza dominasi 14 pencalonan AIM25

EntertainmentMusic
9 Sep 2026 • 4:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siti Nurhaliza dominasi 14 pencalonan AIM25

KUALA LUMPUR – Jauh meninggalkan calon lain, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendominasi 14 pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang bakal berlangsung pada 26 September ini.

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, tercalon dalam kategori Vokal Wanita Terbaik, tiga pencalonan kategori Kolaborasi Artis/ Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/ Penulis Lagu Luar Negara Terbaik dan empat karya untuk ategori Lagu Tradisional Terbaik.

Selain itu, pelantun lagu Kesuma itu turut tercalon dalam kategori Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Perayaan Terbaik.

Dua lagi kategori adalah Rakaman Album Terbaik serta dua naskhah menerusi kategori Rakaman Lagu Terbaik.

Turut mencuri tumpuan penyanyi Aisha Retno yang pertama kali menyertai AIM25 apabila tercalon sebanyak lapan kategori iaitu Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Pop Elektronik/ Dance Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan, Album Terbaik dan Lagu Tradisional Terbaik.

Dua lagi pencalonan adalah melalui karya penulisannya iaitu kategori Lagu Tradisional Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM25, Rosmin Hashim berkata, penganjuran di bumi Kenyalang merupakan satu pencapaian penting selari dengan perkembangan berterusan industri muzik tempatan.

“Sepanjang 25 edisi, AIM terus berkembang seiring dengan perkembangan industri muzik Malaysia, dengan mengiktiraf kreativiti, bakat dan dedikasi para penggiat muzik kita.

“Pada tahun ini, kami amat teruja untuk membawa AIM ke Sarawak buat pertama kali. Pengumuman Calon 5 Akhir merupakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan menuju ke malam anugerah, dan kami berbangga melihat representasi muzik Malaysia yang begitu pelbagai merentasi setiap kategori.

“Kami mengucapkan tahniah kepada semua Calon 5 Akhir dan merakamkan penghargaan kepada setiap artis, pencipta lagu, penerbit, syarikat rakaman serta penggiat industri muzik yang mengambil bahagian dalam AIM25. Sumbangan mereka terus membentuk kekayaan dan kepelbagaian landskap muzik Malaysia,” katanya.

Malam kemuncak AIM25 dipancarkan secara langsung dari Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 26 September depan. – KOSMO! ONLINE

The post Siti Nurhaliza dominasi 14 pencalonan AIM25 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved