Debut Berlakon Di Hollywood, Ramai Puji Sooyoung Makin Lancar Berbahasa Inggeris

WorldEntertainment
30 May 2025 • 3:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Dah berbelas tahun aktif dalam industri, Soo-young akhirnya akan melakukan debutnya di Hollywood tak lama lagi!

Terbaru menerusi satu temu bual, Soo-young telah memperkenalkan wataknya sebagai Katla Park, dalam filem “From the World of John Wick: Ballerina”.

Khususnya dalam video itu, Soo-young berkongsi sebab dia memutuskan untuk membintangi naskhah tersebut. Katanya,

Apabila saya mula-mula membaca skrip, saya terus tertarik dengan cerita itu kerana ia jelas adalah filem aksi tetapi ia juga menunjukkan hubungan antara bapa dan anak perempuan. Saya sayang keluarga saya, keluarga saya adalah segala-galanya, jadi saya lebih suka cerita itu.

Selain teruja ingin menonton lakonan Soo-young di pentas Hollywood, ramai turut memujinya kerana makin lancar berbahasa Inggeris seperti yang ditunjukkan dalam video temu bual itu. Komen netizen,

  • Saya tak pernah dengar dia berbahasa Inggeris sebelum ini, tak sangka dia sangat lancar!
  • Dia boleh cakap bahasa Korea, Jepun dan Inggeris dengan lancar. Cayalah Soo-young!
  • Saya bangga dengan Soo-young.

Sementara itu, filem “From the World of John Wick: Ballerina” akan menemui penonton di pawagam pada 6 Jun ini.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.