Foto Terbaru Jung Kyungho & Sooyoung Cetus Khabar Angin Pertunangan?

EntertainmentLifestyle
28 May 2025 • 12:04 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Dah lebih 10 tahun menjalinkan hubungan, bilalah agaknya Jung Kyung-ho dan Soo-young akan menamatkan zaman bujang mereka kan?

Baru-baru ini, Soo-young dan Jung Kyung-ho dilihat telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan bersama, di mana terdapat gambar mereka mendukung seorang bayi yang comel di sana.

Namun perkara lain yang turut menjadi perhatian apabila netizen perasan bahawa pasangan itu sepertinya memakai cincin yang sepadan di jari manis kiri mereka, menimbulkan khabar angin pertunangan.

Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan tentang dakwaan tersebut dan mungkin hanya spekulasi yang dibuat peminat sahaja.

Tak sabar nak tunggu hari bahagia mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.