Debut Di Hollywood, Park Seojoon Tidak Akan Sertai Promosi Filem ‘The Marvels’, Tapi Kenapa?

EntertainmentMovie
1 Nov 2023 • 11:40 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah lama berlakon, Park Seo-joon akhirnya akan mengembangkan lagi kerjaya lakonannya di peringkat Hollywood!

Bagi yang belum tahu, Park Seo-joon akan muncul dalam filem “The Marvels”, membawa watak sebagai Yon-Rogg iaitu suami kepada Kapten Marvel.

Untuk pengetahuan, filem tersebut bakal ditayangkan pada 10 November nanti. Bagaimanapun, ianya telah dilaporkan bahawa Park Seo-joon tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana acara promosi berkaitan “The Marvels” kerana mogok berterusan oleh ‘Screen Actors Guild‐American Federation of Television and Radio Artists’ (SAG-AFTRA) yang bermula pada 14 Julai lalu.

Isu ini mula timbul apabila pelakon Hollywood mula mogok kerana mereka menuntut kenaikan gaji minimun, tempat penstriman yang adil dan perlindungan hak imej pelakon. Akibatnya, pelakon terkenal Hollywood seperti Tom Cruise dan Margot Robbie, memilih untuk tidak menyertai acara promosi di Jepun.

image is not available

Meskipun Park Seo-joon bukanlah sebahagian dari ahli kesatuan pelakon Hollywood namun, majoriti pelakon “The Marvels” bergabung dalam SAG-AFTRA. Sebagai tanda hormat, pelakon “Itaewon Class” itu memutuskan untuk tidak sertai dalam aktiviti promosi berasingan.

Nantikan tayangan “The Marvels” pada 10 November ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.