Dedah jika syarikat Malaysia terbabit jerebu

LocalEnvironment
4 Oct 2026 • 2:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dedah jika syarikat Malaysia terbabit jerebu

JOHOR BAHRU – Keadaan jerebu yang semakin memburuk di negeri ini dikatakan telah menjejaskan pernafasan rakyat terutamanya warga emas ekoran kualiti udara yang tidak sihat.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Indonesia perlu menamakan syarikat Malaysia yang didakwa terbabit dengan pembakaran terbuka dan mendedahkannya kepada umum.

Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, syarikat terbabit tidak sepatutnya terlepas tanggungjawab semata-mata kerana kebakaran berlaku di luar Malaysia.

Katanya, jika dakwaan itu benar, Indonesia perlu mendedahkannya dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus, tertakluk kepada proses undang-undang sewajarnya.

“Saya menerima aduan hampir setiap hari daripada warga emas di kawasan beliau mengenai kesukaran bernafas dan rasa tidak selesa disebabkan jerebu.

“Ini bukan sekadar isu alam sekitar, malah membabitkan kesihatan awam,” katanya.

Beliau mengecam pembakaran terbuka serta tebas dan bakar diamalkan syarikat perladangan dan pekebun kecil untuk membersihkan hutan dan tanah gambut yang kaya dengan karbon, tanpa mengira negara asal syarikat atau di mana pembakaran berlaku.

Beliau berkata, mana-mana syarikat Malaysia didapati menyumbang kepada jerebu merentasi sempadan perlu bertanggungjawab menerusi proses undang-undang sesuai.

Kah Eng juga menyarankan Kerajaan Persekutuan memperkukuh undang-undang dan mekanisme penguatkuasaan bagi menangani isu jerebu merentasi sempadan.

Ia termasuk menimbangkan akta jerebu merentasi sempadan, yang dapat menyediakan rangka kerja lebih jelas bagi pihak berkuasa persekutuan dan negeri mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

The post Dedah jika syarikat Malaysia terbabit jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved