Jerebu Makin Teruk, 32 Kawasan Di Malaysia Catat IPU Tidak Sihat

LocalEnvironment
29 Sep 2026 • 5:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Jerebu Makin Teruk, 32 Kawasan Di Malaysia Catat IPU Tidak Sihat

Keadaan jerebu di Selangor semakin memburuk pada petang Isnin apabila kesemua enam stesen pemantauan kualiti udara di negeri itu merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) berbanding sebelah pagi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia mencatat bacaan API tertinggi di Selangor iaitu 171, meningkat daripada 161 pada sebelah pagi.

Kualiti Udara Semakin Merosot

Bacaan di Shah Alam pula meningkat kepada 167 daripada 156, manakala Klang mencatat 162 berbanding 153 sebelumnya. Banting turut merekodkan peningkatan kepada 159 daripada 150.

Petaling Jaya mencatat antara peningkatan paling ketara apabila bacaan API melonjak kepada 156 daripada 116. Kuala Selangor pula meningkat kepada 156 berbanding 109 pada sebelah pagi.

Secara keseluruhan, sebanyak 32 lokasi di seluruh negara merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat jam 1 petang, meningkat daripada 27 lokasi pada sebelah pagi.

Sarawak Catat Bacaan Tertinggi

Serian, Sarawak mencatat bacaan API tertinggi negara pada 174, diikuti Larkin dan Pasir Gudang di Johor, Bandaraya Melaka serta Nilai di Negeri Sembilan yang masing-masing merekodkan 172.

Beberapa kawasan lain di Lembah Klang turut terjejas, termasuk Cheras dengan bacaan 167, Putrajaya 163 dan Batu Muda 154.

Mengikut klasifikasi API Malaysia, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved