Dedah laporan awal RCI boleh jejas keyakinan rakyat, gugat kestabilan institusi -PM Anwar

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 3:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan tidak mendedahkan lebih awal laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) kerana bimbang ia boleh menjejaskan keyakinan pendeposit dan menggugat kestabilan institusi itu.

Image from: Dedah laporan awal RCI boleh jejas keyakinan rakyat, gugat kestabilan institusi -PM Anwar

Ambil alih pentadbiran ketika TH alami masalah serius

Memetik laporan daripada Astro Awani, beliau menyatakan, ketika kerajaan mengambil alih pentadbiran, TH berdepan masalah serius termasuk kerugian melebihi RM10 bilion akibat penyelewengan, selain risiko pengeluaran dana secara besar-besaran sekiranya laporan berkenaan didedahkan ketika itu.

“Sekarang tengah ribut tentang laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Tabung Haji. Apa cerita dia? Belum… belum… itu belum saya jadi Perdana Menteri dulu. Tapi apa yang jadi cerita dia?
“Ceritanya Tabung Haji ambil dana daripada orang kampung, orang Melayu, orang Islam, kemudian berlaku penyelewengan, rugi lebih RM10 bilion.
“Tapi orang kritik saya, mengapa tak terbitkan laporan itu? Saya kata pada masa itu, tiga tahun yang lalu, tak mampu kita terbitkan. Kalau kita terbitkan, rakyat hilang keyakinan kepada Tabung Haji, dia tarik dana Tabung Haji, Tabung Haji sebagai badan akan lingkup.
“Tapi sejak tiga tahun yang lalu, pengurusannya bertukar. Pengurusinya sekarang Tan Sri Rashid Hussain yang mempunyai rekod pengurusan yang cemerlang. Tabung Haji dah mula bertapak. Tapi rakyat harus tahu,” katanya.

Image from: Dedah laporan awal RCI boleh jejas keyakinan rakyat, gugat kestabilan institusi -PM Anwar

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat pada Jumaat.

Terdahulu, Anwar memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan Tabung Haji dalam masa terdekat dan akan meneliti keputusan itu bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang dijangka selewat-lewatnya Rabu depan.

Sumber: Astro Awani (shaff Syukri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved