‘Laporan RCI Tabung Haji ditangguh demi elak rakyat hilang keyakinan’ – Anwar

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 4:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap menjelaskan keputusan penangguhan laporan RCI Tabung Haji.

Keputusan kerajaan untuk tidak segera mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dibuat bagi mengelakkan keyakinan pendeposit terhadap institusi itu terjejas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar berkata pendedahan laporan berkenaan ketika ia disiapkan kira-kira tiga tahun lalu dikhuatiri mendorong pendeposit mengeluarkan simpanan mereka, sekali gus memberi kesan kepada kedudukan kewangan TH.

Bagaimanapun, beliau berkata prestasi TH kini semakin pulih selepas perubahan pengurusan, dengan Pengerusi, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, disifatkan mempunyai rekod pengurusan yang cemerlang dalam mengembalikan kestabilan institusi berkenaan.

Baca juga:

Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI TH bagi membolehkan rakyat meneliti dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

Semalam, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dilaporkan berkata laporan RCI itu sepatutnya didedahkan kepada umum seawal 2023 selepas ia disiapkan, selain mendakwa kelewatan berbuat demikian dipercayai berpunca daripada pendekatan berhati-hati Perdana Menteri dalam menjaga hubungan dengan UMNO.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berharap pendedahan laporan RCI berkenaan dapat menjadi noktah kepada episod hitam yang pernah melanda Tabung Haji, selain membuka lembaran baharu ke arah institusi yang lebih telus, berintegriti dan terus mengutamakan kepentingan umat Islam.

The post ‘Laporan RCI Tabung Haji ditangguh demi elak rakyat hilang keyakinan’ – Anwar appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved