Dedah ‘Sneak Peak’ Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers KIA Akan Buka Tak Lama Lagi

26 Sep 2022 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak sabarnya nak makan 4Fingers Crispy Chicken!

Dedah ‘Sneak Peak’ Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers KIA Akan Buka Tak Lama Lagi. Rangkaian restoran makanan segera multi nasional Singapura yang menghidangkan menu utama mereka iaitu ayam goreng lazat gaya Asia akan buka cawangan pertamanya di Kuching, Sarawak tidak lama lagi.

Ramai kaki foodie dan peminat 4Fingers di luar sana sudah tidak sabar untuk menikmati menu lazat yang ditawarkan di sini.

image is not available
Dedah ‘Sneak Peak’ Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers KIA Akan Buka Tak Lama Lagi. Kredit gambar: FB 4Fingers Malaysia

Ayam goreng Korea dengan aneka sos yang lazat

Ayam goreng Korea dengan aneka sos yang lazat, burger menyelerakan serta pelbagai lagi menu side dishes menarik dan yang paling penting restoran makanan segera ini sudah mendapat iktiraf Halal. Jadi semua orang boleh makan di sini!

Bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan terletak bersebelahan Old Town White Coffee, restoran segera yang menyajikan menu ayam goreng Korea ini akhirnya dibuka buat pertama kali di Sarawak.

image is not available
Kredit gambar: Twitter Datuk Jahat Hensem

Di Twitter, seorang pengguna telah berkongsi gambar sneak peak di dalam restoran makanan segera 4Fingers yang dilihat sudah siap.

Dalam perkongsiannya, dia berkata, ‘sneak peak sikit 4Fingers Kuching International Airport’.

Dengan adanya banyak pilihan makanan menarik di sini, diharap agar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ini menjadi semakin meriah agar ramai lagi pengunjung datang dan singgah di sini.

Lagi tempat menarik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Untuk Anda Terokai:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved