Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

11 Sep 2022 • 12:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mulu ‘syurga tersembunyi’ lokasi wajib dikunjungi

Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu. Bercakap saja soal keindahan alam, semestinya perkara pertama yang kita akan fikirkan adalah negeri Sarawak yang kaya dengan pemandangan hutan hujan tropika.

Bahkan, Sarawak juga adalah negeri terbesar di Malaysia dan hampir sama saiz dengan Semenanjung Malaysia jika dilihat dalam peta.

Penggemar percutian alam semula jadi boleh memilih untuk berkunjung ke serata Sarawak misalnya seperti gua yang unik, air terjun yang bersih, pantai yang indah dan tidak lupa juga kaya dengan tarikan budaya dan warisan sejarah

image is not available
Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Arif Azhar telahpun berkongsi lokasi syurga tersembunyi di Mulu, Sarawak yang seakan-akan seperti sungai Amazon.

Menerusi perkongsian tersebut, Arif berkesempatan mengharungi perjalanan 4 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke Mulu untuk tiba di lokasi yang dikatakan sebagai ‘syurga tersembunyi’ itu.

@arip.ye

Siapa kata bercuti ke Sarawak bosan? Anda wajib tengok video ni! #tiktok #sarawak #mulu #maswings #fyp #travel #nature

♬ original sound – Arif Azhar ( aripye ) – Arif Azhar ( aripye )
Part 1 perjalanan Arif di Mulu. Kredit: TikTok Arip.ye

Eksplorasi di Mulu Sarawak

Setiba di Mulu, Arif menaiki trak untuk menuju ke Marriot Mulu yang hanya memakan masa 15 minit untuk sampai.

Tidak hanya disajikan dengan keindahan hutan hujan tropika, Arif juga menaiki bot untuk pergi ke gua clearwater dengan melalui sungai yang dikatakan ala-ala sungai Amazon.

@arip.ye

Reply to @ngadukediri siapa suka masuk hutan? image is not available anda wajib pergi ke Mulu, Sarawak! #travel #tiktok #fyp #sarawak #mulu #clearwater

♬ original sound – bestacapellasongs
Part 2 perjalanan Arif di Mulu. Kredit: TikTok Arip.ye

Untuk pengetahuan, gua Clearwater ialah gua yang terpanjang di Asia, berukuran kira-kira 107 km. Wow image is not available

Bagi Arif, perkara wajib untuk disaksikan sewaktu datang ke Mulu adalah aktiviti kelawar terbang keluar daripada gua.

Sememangnya, perkara itu dianggap ‘rare’ kerana jarang sekali kita boleh lihat kejadian itu dan Arif berasa bertuah kerana dapat menyaksikan perkara tersebut lagi-lagi di bumi bertuah Sarawak ini.

image is not available
Mulu Sarawak. Kredit foto: luvfeelin

Cantik kan syurga tersemunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah kalau anda semua bertandang ke sini dulu untuk menikmati percutian alam semula jadi.

Selain di Mulu banyak lagi tempat yang anda boleh terokai di Borneo ini, baca di sini: