“Deep!” – [VIDEO] Gadis Selamba ‘Ceramah’ Balik Netizen Yang Kutuk Warna Kulitnya

Entertainment
23 Jun 2022 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rata-rata wanita hari ini mengimpikan kulit putih melepak sehingga ada yang sanggup melakukan pelbagai rawatan serta mengambil macam-macam suplemen yang meragukan tanpa menghiraukan kesan buruk di kemudian hari. Selain itu, stigma masyarakat yang sering kali menganggap kulit gelap tidak menawan boleh mengguris hati kebanyakan orang.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok seorang gadis @kilaluck apabila dia memuat naik video dirinya ‘ceramah’ balik netizen yang sering mengutuk warna kulitnya. Tak baik tau kita menghina ciptaan Allah!

@kilaluck

Balas kepada @al__sya tak marah nasehat je stop lah ejek ii kami yg berkulit gelap image is not availableimage is not available

♬ suara asli – Rakhamayimage is not available – Tik Toker

Selain daripada warna kulit, gadis tersebut yang lebih dikenali sebagai Kila telah menerima pelbagai kecaman dan kutukan berkaitan cara pemakaian dan solekannya. Ada yang mengatakan bahawa warna pakaiannya yang terang langsung tidak sesuai dan solekannya tidak menjadi.

Ada juga netizen tergamak menyatakan yang gadis terbabit akan kelihatan hodoh sekiranya membuang ‘filter’ di video TikToknya. Namun, Kila dilihat langsung tidak melenting dan mengabaikan kutukan diterimanya malah setiap komen dibalas dengan penuh tenang dan berilmiah.

image is not available

Dalam video tersebut, Kila menyatakan yang dia bangga mempunyai kulit gelap dan turut menjelaskan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam juga berwarna hitam.

Selain itu, dia turut mengatakan yang orang pertama mengalunkan azan iaitu Bilal Bin Rabah juga turut mempunyai kulit gelap. Di akhir video, Kila berpesan kepada netizen tersebut supaya tidak menghina ciptaan Allah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong gadis ini serta bersetuju yang mempunyai warna kulit yang gelap ternyata cantik dan menawan.

image is not available

Ingat tau korang, warna kulit apa sekalipun korang tetap cantik okayy! Sayangilah diri sendiri!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.