

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan diskaun tol 50% sempena sambutan Deepavali bermula pada jam 12.01 tengah malam, 18 Oktober 2025 (Sabtu)sehingga 11.59 malam, 19 Oktober ini.
Diskaun tol ini melibatkan semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Di sebalik pemberian diskaun itu, kerajaan terpaksa menanggung implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM19.86 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya bertol.


