Deepavali: Fadhlina Kongsi Momen Beli-Belah Bersama Anak-Anak Pelajar

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 10:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Deepavali: Fadhlina Kongsi Momen Beli-Belah Bersama Anak-Anak Pelajar

Beberapa hari lagi sebelum Perayaan Deepavali, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkongsi momen membeli-belah Deepavali bersama anak-anak pelajar di Brickfields.

Menerusi muat naik di Facebook, Fadhlina menyatakan ia antara acara yang beliau tunggu setiap tahun.

"Seronok dapat menemani mereka memilih baju.

Image from: Deepavali: Fadhlina Kongsi Momen Beli-Belah Bersama Anak-Anak Pelajar

"Saya mahu mereka pulang dengan pakaian yang mereka sendiri berkenan, kemudian tidak sabar menunggu pagi Deepavali untuk memakainya.

"Sambil menemani anak-anak, saya pun sempat membeli kurti dan valayal untuk diri sendiri. Sama-sama buat persiapan Deepavali," kongsi beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengungkap cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa dalam menyediakan dan mempersiapkan keperluan itu selain menguruskan perbelanjaan hakiki.

"Dalam kegembiraan ini, saya teringat juga ibu ayah yang perlu berkira-kira menguruskan belanja keluarga.

"Tentu ada hasrat hendak membelikan baju baharu untuk anak, cuma banyak lagi keperluan di rumah yang perlu didahulukan.

Image from: Deepavali: Fadhlina Kongsi Momen Beli-Belah Bersama Anak-Anak Pelajar

"Tahun ini, tradisi membeli-belah bersama anak-anak daripada keluarga yang memerlukan ini diteruskan dengan sumbangan pakaian baharu daripada Yayasan Didik Negara.

"Mudah-mudahan, kurang sedikit belanja yang perlu difikirkan oleh ibu ayah menjelang perayaan.

"Terima kasih Yayasan Didik Negara kerana bersama-sama menggembirakan anak-anak ini. Selamat menyambut Deepavali, anak-anak. Nanti bolehlah kita sama-sama bergaya dengan baju baharu," kata beliau lagi.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved