Deepavali Kebangsaan 2026 sasar 10,000 pengunjung

27 Oct 2026 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Deepavali Kebangsaan 2026 sasar 10,000 pengunjung
Yuneswaran ditemui pada Majlis Hi-Tea Timbalan Menteri Perpaduan Negara Bersama Media di Dorsett Hotel Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 yang bakal berlangsung di Little India, Brickfields pada 14 November ini menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, majlis pada Sabtu itu dijadualkan dirasmikan serta dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, pelbagai pengisian menarik sedang dipertimbangkan untuk memeriahkan sambutan berkenaan, termasuk elemen kebudayaan, persembahan artis tempatan dan pameran Rumah Malaysia.

"Bagaimanapun, tema program berkenaan masih dalam peringkat perbincangan dan penyusunan oleh pihak kementerian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Timbalan Menteri Perpaduan Negara Bersama Media di Dorsett Hotel Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau mewakili Kementerian Perpaduan Negara merakamkan penghargaan kepada pihak media atas kerjasama erat dalam membantu menyampaikan maklumat yang tepat serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Sehubungan itu, beliau memohon agar rakan media terus memberikan sokongan padu dengan menyebarluaskan program anjuran Kementerian Perpaduan Negara demi memperkukuh perpaduan kaum di negara ini.

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved