

Sempena ketibaan Hari Deepavali, nampaknya kerajaan mengekalkan harga semua produk petroleum bermula esok hingga 6 November ini.
Untuk makluman harga RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter manakala RON95 juga kekal pada harga RM2.05 seliter.
Sementara itu, harga diesel di Semenanjung Malaysia turut dikekalkan iaitu RM2.95 seliter.
Tidak ketinggalan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.


