“Dekat Di Hati” – Hyunbin Imbas Kembali Memori ‘Crash Landing On You’ Bersama Isteri, Son Yejin

6 Sep 2023 • 11:56 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dari K-Drama ke dunia sebenar, pasti ramai yang turut gembira melihat kisah percintaan antara Hyunbin dan Son Ye-jin.

Baru-baru ini, Hyunbin telah ke Switzerland untuk menghadiri acara jenama jam tangan mewah Omega. Di acara itu, Hyunbin berkongsi bahawa ini bukanlah kali pertama dia ke negara tersebut dan dia berkongsi perasaannya,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput saya ke acara yang sangat berprestij ini.

Sambungnya lagi dengan mengimbas kembali memori ketika dia melakukan penggambaran “Crash Landing On You” di situ,

Saya banyak menghabiskan masa di Switzerland semasa penggambaran drama ‘Crash Landing On You’. Oleh itu, Switzerland adalah tempat yang biasa dan dekat di hati saya.

Nampaknya, “Crash Landing On You” merupakan memori penting dalam hidup Hyunbin dan Switzerland juga merupakan negara yang membuatkannya jatuh cinta kepada isterinya, Son Ye-jin.

So sweet la Hyunbin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.