Dekorasi Macam Rumah Orang Malaysia, Kediaman Cardi B Curi Tumpuan Netizen!

15 May 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi rap antarabangsa, Cardi B meraih perhatian netizen Malaysia gambar kediamannya dikongsikan oleh wargamaya di laman sosial.

Dekorasi Rumah Macam Dekat Malaysia

Hal ini kerana, dekorasi kediaman Cardi B itu dilihat persis seperti kediaman yang sering dilihat di rumah-rumah tempatan.

Netizen turut menyifatkan Cardi B sebagai seorang yang sangat 'keMalaysiaan' apabila Instagram Storiesnya sebelum ini juga memaparkan makanan-makanan yang tidak asing lagi di Malaysia seperti, karipap, popia dan mi hun goreng. 

"Dia ni sangat lah keMalaysiaan kan! Dulu masak karipap, popia dengan mi hun. Ni rumah dah macam Airbnb dekat Anggun Residence," tulis seorang warganet. 

"Nama sebenar dia Kadijah binti Busu, jadilah Cardi B...

Komen itu meraih pelbagai tindak balas lucu warganet di mana rata-ratanya berseloroh tentang pelantun lagu I Like It tersebut. 

"Nama sebenar dia Kadijah binti Busu, jadilah Cardi B. Anak jati Seremban ni,"

"Entah-entah dia orang Parit Buntar,"

"Mi hun tu nampak sangat keMalaysiaan,"

"Dia ni memang orang Malaysia kut."