Dekorasi vazz bertemakan Tahun Baharu Cina jadi port instagrammable, 5 pusat beli-belah ini wajib disinggah

Travel
20 Jan 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
mall tahun baru cina

SEMPENA cuti perayaan Tahun Baharu Cina, mesti ramai merancang untuk pulang ke kampung untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Tak kurang juga ada yang sudah merancang untuk berlibur di pusat peranginan popular seperti bandaraya Melaka, Port Dickson, Negeri Sembilan, Cameron Highland, Pahang dan Pulau Langkawi, Kedah.

Bagi mereka yang tiada perancangan berjalan jauh, boleh jadi hanya mahu mengunjungi pusat beli-belah berhampiran untuk menghabiskan masa terluang.

Menariknya, pasaraya terkemuka di ibu kota dan bandar besar menjanjikan dekorasi sambutan Tahun Arnab bagi masyarakat Tionghua yang lebih meriah.

Bukan sahaja mempersembahkan arnab gergasi dengan perhiasan menakjubkan, port untuk instagrammable juga disediakan.

image is not available

Barangkali menjadi serampang dua mata, sambil membeli-belah, pengunjung juga boleh mengunjungi foyer utama yang penuh dengan replika bangunan, bunga, arnab dan fesyen bertemakan Festival Spring tersebut.

Tidak kurang juga terdapat gedung popular yang memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat tertentu di China, lengkap dengan replika jambatan sebenar.

Berikut lima destinasi pusat beli-belah yang menawarkan pengalaman lain daripada lain yang boleh dikunjungi jika kalian berada berhampiran:

image is not available

1. Pavilion Kuala Lumpur
Alamat: 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Pavilion KL
Instagram: @PavilionKL

image is not available

2. 1Utama Shopping Centre
Alamat: City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: 1 Utama Shopping Centre

image is not available

3. Sunway Pyramid
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Sunway Pyramid
Instagram: @sunwaypyramid

image is not available

4. Suria KLCC
Alamat: Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Suria KLCC
Instagram: @SuriaKLCCMall

image is not available

5. The Gardens Mall
Alamat: Mid Valley, Kuala Lumpur,
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: The Gardens Mall
Instagram: @thegardensmallmalaysia

Wah, memang meriah dan menarik dekorasi yang ditonjolkan kali ini.

Nampaknya usaha keras pihak pengurusan pasaraya berjaya menambat hati pengunjung apabila ramai berkongsikan keunikan tersebut di media sosial.

image is not available

Apa kata kalian pun singgah ke sana. Lagi seronok apabila banyak sale ditawarkan khususnya outlet jenama terkemuka sempena musim perayaan ini.

Cuci mata dan cuci dompet sekali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi