Awal minggu ini Intel membuang 15,000 pekerja dan hari ini Dell pula membuang 12,500 orang pekerja di bawah proses untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada kecerdasan buatan (AI). Ini ialah proses pembuangan kerja secara besar-besaran kedua yang dilakukan dalam tempoh 15 bulan oleh Dell. Secara keseluruhan hampir 25,000 pekerja telah dibuang setakat ini.

Tumpuan yang lebih ke atas AI adalah mengikut trend pasaran semasa. Dalam memo yang diedarkan kepada kakitangan, Dell mengatakan operasi syarikat kini akan dikecilkan dengan kemas kini akan dilakukan pada lapisan pengurusan dan mengutamakan bahagian mana yang akan dilaburkan selepas ini. Antara langkah yang akan diambil ialah menggabungkan pasukan dalam organisasi syarikat.
Tahun 2023 dan 2024 ialah tahun yang tidak menguntungkan kepada syarikat teknologi. Pembuangan kakitangan dilakukan oleh semua syarikat teknologi utama sebagai langkah pelarasan semula pasca pandemik.



![“MC 120 Hari”- Bos Beri Anugerah Kepada Pekerja Yang Selalu Ambil Cuti Sakit Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)