
KINSHASA – Wabak Ebola paling buruk dalam sejarah Republik Demokratik Congo(DRC) kini mengorbankan lebih 4,000 orang daripada lebih 8,000 kes disahkan, kata beberapa pegawai DRC semalam.
Menurut data rasmi, terdapat 4,018 kematian daripada 8,300 kes disahkan dengan 2,162 orang pulih, mencatatkan kadar kematian 48.4 peratus.
Turut direkodkan ialah empat kematian daripada enam kes di wilayah Kivu Utara, timur laut DRC dalam kawasan dikuasai kumpulan bersenjata anti-kerajaan, M23.
Selepas bermula di Ituri, juga di timur laut DRC, wabak semasa merebak ke tujuh wilayah di utara dan timur negara Afrika itu.
Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot dijadualkan tiba di ibu negeri Ituri, Bunia semalam untuk menunjukkan sokongan Paris kepada pihak berkuasa tempatan dan pekerja kemanusiaan.
Sementara itu, Amerika Syarikat menyalurkan dana tambahan AS$267 (RM1.09 bilion) untuk memerangi penyakit tersebut. – AFP
The post Demam berdarah Ebola bunuh lebih 4,000 orang appeared first on Kosmo Online.





