Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

15 Nov 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.

Ruhainies demam on-off 4 hari

Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram Story, Ruhainies memuatnaik video memaparkan dirinya sedang menerima rawatan doktor.

Menurut Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia telah dipaksa untuk melawat ke klinik kerana telah mengalami demam selama 4 hari. 

“Kena paksa pergi jumpa doktor, 4 hari asyik demam on off,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Difahamkan, pelakon drama Terjerat itu juga menghadapi rasa fobia terhadap jarum.

“Saya datang (klinik) sebab ingatkan tak kena jarum, tapi kena scam ya,” tulisnya lagi.

 

 

 

 

 

Reaksi spontan Ruhainies yang takut akan jarum ketika menerima rawatan daripada doktor itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet. 

Antara komen yang diterima termasuk;

“Macam mana la bersalin nanti macam-macam jarum kena oi.

“Comel lah Ruhainies ni, manis.

“Sama macam saya takut jarum doktor.

“Saya takut jarum juga tapi tidak lah begini,” komen beberapa netizen.