“Demi Allah Tak Pernah” – Mengaku Pening Tengok ‘Graf’, Hafiz Mahamad Nafi Main ‘Forex’

22 Jun 2023 • 5:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter telah mendakwa pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad terlibat dalam urusan perdagangan iaitu Forex.

Difahamkan, dakwaan tersebut timbul selepas video mengenai kejutan hari jadi untuk isterinya, Syafiqah Aina tular di media sosial.

Tampil menjelaskan, Hafiz berkata dia langsung tidak pernah terlibat dalam urusan perdagangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Demi Allah tak pernah, saya nak tengok kamputer, graf-graf tu semua pun saya pening kepala.

Malah, Hafiz memaklumkan dia tidak mempunyai masa untuk bermain Forex dan segala sumber pendapatan yang dimilikinya adalah hasil daripada perniagaan syarikat kecantikan mereka iaitu Aina Beauty.

Saya tak ada masa, dari pagi sampai malam saya meeting. Macam saya kata sebelum ini, saya tumpang rezeki isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Jadi, sumber pendapatan saya memang datang daripada perniagaan bersama Aina yang kami usahakan.

Bagaimanapun, Hafiz berkata dia langsung tidak mengambil hati dengan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.

Saya tak anggap pun apa yang orang cakap sebagai fitnah, saya anggap itu andaian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Bangun Tidur Ada Orang Kemaskan Katil" - Janna Nick Seronok Dapat Suami Rajin