Hafiz Mahamad Sekali Lagi Beri Kejutan Dalam Pawagam, Hadiahkan Pakej Tunai Haji Kepada Isterinya

20 Jun 2023 • 12:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Usahawan dan pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad sekali lagi membuat kejutan sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya.

Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat kejutan buat isterinya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab atau Aina di dalam sebuah dewan pawagam yang disewa khas.

Saya sewa satu panggung wayang semalam ada sebab. Mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang atau drama.

Tapi wayang is still wayang, Saya nak buktikan, apa yang ada di skrin semalam adalah cerita dan watak yang ada dalam realiti kehidupan Aina.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Hafiz menghadiahkan isterinya pakej menunaikan haji pada tahun ini.

image is not available

Malah, usahawan yang berusia 30 tahun itu juga bakal membawa kedua-dua ibu bapa mentuanya ke Tanah Suci.

Daripada tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nak bawa mama dan ayah pergi haji. Kami usahakan tahun ni sama-sama dan saya tak sangka visa lulus tiga, empat hari sebelum birthday Aina.

Saya sembunyikan berita ni untuk beritahu pada hari birthday Aina. MasyaAllah, ini semua sebab awak terlalu baik Aina.

Aina cakap, dia happy sangat dan ini surprise paling bermakna. Syukur, saya masih pegang 55 kali rekod tanpa gagal untuk but dia happy pada hari birthday dia.

Tambahan, majlis kejutan itu turut dihadiri kedua ibu bapa Aina yang menangis kegembiraan selepas visa haji masing-masing ditayangkan di skrin dalam dewan pawagam.

image is not available

Sayang. Allah sayang awak dan abang syukur dizinkannya ‘menumpang rezeki awak.

Sayang, abang nak bercinta dengan awak selamanya. Abang harap awak bahagia.

Aina, awak wanita hebat, selamat hari lahir sayang.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.