
Ibu sanggup buat apa sahaja demi anak, dapatkan autograf Agong
Demi Anak, Ibu Sanggup Angkut Sape 7kg Semata-Mata Dapatkan Tandatangan Agong. Seorang ibu berusia 36 tahun sanggup meredah lautan orang ramai untuk mendapatkan tandatangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk Sape anaknya.
Bagaimanapun, difahamkan wanita itu, dikenali sebagai Lily sudah mencuba buat pertama kali untuk mendapatkan tandatangan, namun tidak berjaya. Setelah membuat percubaan kali kedua, akhirnya dia derjaya mendapat tandatangan Agong untuk Sape anaknya.
“Sejak malam tadi (Isnin), anak saya berkeras untuk mendapatkan tandatangan Yang di-Pertuan Agong pada alat muzik Iban seberat tujuh kilogram itu.

“Kami menunggu ketibaan baginda di hadapan SMK Methodist, Jalan Tun Abang Haji Openg dari pukul 5 petang hingga 8 malam kerana diberitahu baginda akan memandu melalui tempat itu,” katanya menurut The Star.
Sementara itu, dipercayai rombongan baginda menggunakan laluan berbeza ke Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor untuk menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat.
Percubaan pertama gagal, namun percubaan kedua berjaya mendapat autograf Agong
Dalam pada itu, sumber mengatakan bahawa Lily memberitahu anaknya yang berusia 10 tahun bahawa hari sudah lewat dan mereka perlu pulang kerana dia perlu hadir ke sekolah pada keesokan harinya.
“Selepas selesai makan malam, dia meminta kami pergi ke Hotel RH di mana Raja menginap, tetapi saya tidak mahu kerana takut kami terlebih tidur dan dia akan ponteng sekolah.
“Dia berasa sangat kecewa. Pagi tadi, ketika hendak bertolak ke sekolah, dia ingatkan saya mesti dapatkan tandatangan,” katanya.
Dengan melihat kesungguhan anaknya untuk mendapatkan tandatangan Raja, wanita tersebut membawa Sape itu menemui Agong di pasar pusat.
“Saya berdoa sangat-sangat kerana tidak ditimpa malang untuk kali kedua. Apabila saya melihat kenderaan Baginda, saya mengejarnya.

“Nasib baik kenderaan itu berhenti, dan saya meminta seseorang di hadapan saya memberi laluan. Saya kemudian membawa Sape yang panjang sedikit kepada Raja untuk menandatanganinya,” katanya.
Kenangan sekali seumur hidup, serta dapat kabulkan permintaan anaknya
Selepas mendapat tandatangan Agong, Lily sangat teruja dan menyifatkan sebagai detik sejarah, malah mengatakan bahawa ia adalah kenangan sekali seumur hidup. Dia juga berkata, apa yang penting ialah permintaan anaknya telah ditunaikan.
“Saya harap Elthan gembira selepas ini. Ini pengorbanan saya untuknya kerana bukan mudah untuk mendapatkan autograf Raja kita,” ujarnya.
Untuk makluman, Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo.

![Supaya Kedai Tiada Pelanggan? Lelaki Temui Tujuh Jarum Ditampal Atas Siling Dipercayai Sihir [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)