Demi Bayarkan Ansuran Motosikal Milik Kekasih, Lelaki Ini Sanggup Curi Mesin Basuh Dan Peti Sejuk

14 Jul 2023 • 4:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Demi cinta buah hati, lelaki ini sanggup mencuri

Demi Tolong Bayarkan Ansuran Motosikal Milik Kekasih, Lelaki Ini Sanggup Curi Mesin Basuh Dan Peti Sejuk. Seorang individu di Langsa, Aceh, ditahan oleh polis kerana bertindak untuk mencuri sebuah peti sejuk dan mesin basuh daripada sebuah kediaman.

Laporan oleh Detik Sumut mendapati bahawa lelaki tersebut didakwa mencuri barangan milik jiran dengan niat mahu membantu teman wanitanya untuk membayar ansuran motosikal.

image is not available
Demi Bayarkan Ansuran Motosikal Milik Kekasih, Lelaki Ini Sanggup Curi Mesin Basuh Dan Peti Sejuk

Kediaman suspek tidak jauh dari kediaman mangsa.

Iptu Aulia Budiman, Ketua Polis Daerah Langsa Timur, menjelaskan bahawa kejadian ini berlaku di sebuah kediaman di Desa Meurandeh Tengoh, Kecamatan Langsa Lama, Kota Langsa pada hari Sabtu yang lalu.

“Suspek telah mengaku melakukan kecurian tersebut dengan alasan memerlukan dana untuk membayar ansuran motosikal bagi pihak teman wanitanya,” ujar Aulia.

Suspek dikatakan telah memasuki rumah mangsa ketika mangsa pergi melawat suaminya yang sedang berada di hospital. Beliau turut menambah, kediaman suspek tidak jauh dari kediaman mangsa.

image is not available

Identiti suspek berhasil dikesan berdasarkan rakaman CCTV yang berada di rumah mangsa

Keluarga kemudian membuat laporan Polsek Langsa Timur setelah menyedari peti sejuk dan mesin basuh telah hilang. Pendedahan kes kecurian mengambil masa tidak sampai lapan jam dari tarikh kes dilaporkan.

“Suspek ditahan di rumahnya pada petang hari Isnin. Identiti suspek berhasil dikesan berdasarkan rakaman CCTV yang berada di rumah mangsa,” terang Aulia.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langsa Timur bersama dengan barang bukti. Kes ini dikenakan tuduhan berdasarkan Perkara 363 Kanun Jenayah yang berkaitan dengan kecurian.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: