“Demi Content” – Hafiz Mahamad Teruk Dikecam Selepas Muat Naik Video Bergelut Demi Cium Hajar Aswad

Entertainment
4 Mar 2024 • 1:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Usahawan kosmetik dan influencer, Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas tular video dirinya sedang bergelut sewaktu cubaan untuk mencium Hajar Aswad.

Menerusi video dikongsikan Hafiz di Instagram, dia dilihat ‘berusaha keras’ agar isteri dan staf syarikatnya yang turut serta dalam trip umrah tersebut dapat mencium batu berkenaan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila pakaian ihramnya turut terlondeh hingga menampakkan bahagian badannya sekali gus menuai kritikan pengikutnya.

Video tular di Twitter sehingga tuai kecaman netizen

Video berkenaan kemudiannya tular di laman X (Twitter) selepas beberapa pengguna mula berkongsikannya.

Ada yang berpendapat influencer berkenaan mungkin berniat baik untuk mengucup batu yang dimuliakan itu, namun tindakannya merakam dan memuat naik video berkenaan adalah salah dan didakwa sebagai satu konten sahaja.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan tujuan Hafiz menjadikan foto badannya terdedah sebagai thumbnail video berkenaan di Instagram.

image is not available

image is not available

image is not available

Hafiz sudah padam video di Instagram

Semakan terbaharu BuzzKini mendapati video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya telah dipadam dipercayai selepas isu berkenaan menjadi topik hangat di media sosial.

Carian kami di TikTok juga tidak berjaya menemukan video sama yang sebelum ini dikongsikannya.

Dari sunat jadi haram jika bahaya diri dan orang lain untuk cium Hajar Aswad

Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengingatkan orang ramai bahawa mencium Hajar Aswad adalah satu ibadah sunat ketika mengerjakan umrah.

Malah menurut beliau, di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.

Namun ia bertukar menjadi haram sekiranya cubaan untuk mengucup Hajar Aswad itu menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri dan orang lain atau membahayakan mana-mana pihak.

Baca artikel berkaitan: